Sunday, August 31, 2008

Pantun Dr MAZA

PANTUN 'CARI GANTI'
(Karya Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

kota sarat disimpan tempayan
zahir berlian disunyi hari
harta rakyat dijadikan taruhan
akhir kebencian menjadi api

gula dan santan diuli roti
kelapa diparut dimakan sama
bila kebencian menjadi api
apa dihasut ditelan semua

anak singa di Pulau Teberau
anak tebuan seekor lari
jika negara sudah kacau
elok tuan mengundur diri

pergilah mandi di Titi Tinggi
jalan tersepak tali pencuci
carilah ganti berbudi tinggi
bukan perompak ganti pencuri

Aku hanya mengenali BN

First time aku bukak mata kat dunia ni...BN dah memerintah Malaysia..
Aku merupakan generasi yang diasuh untuk mentaati kerajaan BN. Tanpa BN, Malaysia tak akan berada cam kita berada sekarang.
Tanpa BN juga, mungkin kita still lg cam zaman penjajah dulu...
Tanpa BN juga, mungkin aku tak keje di pejabat aku sekarang...
Hanya BN sahaja yang layak untuk memerintah negara..
Tapi sampai bila BN akan perintah negara..

Aku amat berharap yang kerajaan BN sekarang do something untuk memperbetolkan keadaan..
Dah teruk sangat keadaannya. If tak ubah, kita perlu satu alternatif lain.. Mungkin Pakatan Rakyat..Tapi aku kurang yakin dengan pakatan rakyat..kerana hubungan dengan parti2 yang membentuk PR agak tak stabil..DAP vs PAS..PAS vs PKR..PKR vs DAP..bila2 ms je akan berpecah..Dulu Barisan Alternatif dah berpecah..

Diharapkan our becoming leader, dapat menyatukan PR..supaya Malaysia aman, makmur dan rakyat terus bersatu.
Selamat menyambut hari merdeka yang ke 51....dah 26 tahun aku berada dalam kemerdekaan..hope kemerdekaan ni akan kekal sampai bila2 dan kite akan merdeka dalam erti yang sebenarnye..bukan merdeka dr penjajah sahaja..

Friday, August 15, 2008

Kursus Induksi

14/8 - 28/8/2008 Kursus Induksi...

2 minggu beb..asik tgh ceramah je..penat kepala otak aku...byk sgt input masuk..
pastu 28hb pulak ade exam..leceh la...
aku dah la tak suke sgt mende2 berbentuk akademik ni..kene study lg..
aku kalau boleh malas dah nk study2 ni...
boring2..
tp nk bt camne..terpaksa..kalau tak tak confirm mane la aku ni..
next week pekse JPA pulak..perghh giler aaa...tp nasib baik open book..
tingat pulak kat UTM dulu...final exam open book saje..penuh buku atas meja..ms abis nk cari jawapan je...hehehe...
tapi aku bersyukur la aku grad UTM..sbb tahun akhir tu aku cam dah malas nk mampus study..2 jam nk exam baru study..huhuhu...

tapi takper..life must go on..huhu