Sunday, August 31, 2008

Aku hanya mengenali BN

First time aku bukak mata kat dunia ni...BN dah memerintah Malaysia..
Aku merupakan generasi yang diasuh untuk mentaati kerajaan BN. Tanpa BN, Malaysia tak akan berada cam kita berada sekarang.
Tanpa BN juga, mungkin kita still lg cam zaman penjajah dulu...
Tanpa BN juga, mungkin aku tak keje di pejabat aku sekarang...
Hanya BN sahaja yang layak untuk memerintah negara..
Tapi sampai bila BN akan perintah negara..

Aku amat berharap yang kerajaan BN sekarang do something untuk memperbetolkan keadaan..
Dah teruk sangat keadaannya. If tak ubah, kita perlu satu alternatif lain.. Mungkin Pakatan Rakyat..Tapi aku kurang yakin dengan pakatan rakyat..kerana hubungan dengan parti2 yang membentuk PR agak tak stabil..DAP vs PAS..PAS vs PKR..PKR vs DAP..bila2 ms je akan berpecah..Dulu Barisan Alternatif dah berpecah..

Diharapkan our becoming leader, dapat menyatukan PR..supaya Malaysia aman, makmur dan rakyat terus bersatu.
Selamat menyambut hari merdeka yang ke 51....dah 26 tahun aku berada dalam kemerdekaan..hope kemerdekaan ni akan kekal sampai bila2 dan kite akan merdeka dalam erti yang sebenarnye..bukan merdeka dr penjajah sahaja..

No comments: